Tuesday, November 9, 2010

TIPS DIET & KEMPISKAN PERUT....

A'hah....Perlukan tips untuk DIET??
Jom bace ni.....mugkin boleh membantu :))

Mempunyai tubuh yang langsing dan ideal adalah idaman setiap orang, terutamanya bagi wanita.Untuk mendapatkannya, pelbagai cara di gunakan termasuk diet yang ketat. Tetapi, bukan tubuh langsing yang diperoleh, sebaliknya badan menjadi tidak sihat kerana kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Apa yang Anda makan?
Perhatikan menu diet Anda, adakah anda makan makanan seimbang atau anda hanya makan satu atau dua jenis makanan tertentu saja dalam jangka waktu anda melakukan diet ketat. ? Mungkin berat badan Anda akan menurun dengan cepat, tetapi mungkin kesihatan anda akan terjejas. Oleh sebab itu, “diet ketat “ perlu diperhatikan jika:
* Tidak mengandung gizi yang seimbang menyebabkan badan kurang sihat
* Dapat mencapai berat badan yang diinginkan tetapi tidak dapat mengekalkannya.
* Tidak sesuai dengan pola makan keluarga sehingga Anda harus masak untuk Anda sendiri dan untuk keluarga.
* Diet tersebut sering membuat Anda lapar.

Dimana Anda makan?
* Buatlah beberapa perubahan kecil di sekitar ruang makan Anda, itu akan membantu Anda menghindari godaan untuk makan makanan yang tidak Anda perlukan.
* Pilih satu tempat makan yang spesifik di rumah (dan di tempat kerja). Misalnya meja makan yang diletakkan di tempat tertentu dan makan serta minum hanya di tempat itu saja.
* Jangan makan dan minum di tempat lain (di dapur, di ruang keluarga, di kamar mandi, sambil berjalan, dan lain-lain).
* Sebelum Anda duduk makan, aturlah ruangan tersebut dengan baik.
* Ketika Anda makan, jangan biarkan makanan yang lain berada di atas meja.
* Jangan menyimpan makanan seperti buah-buahan, kacang atau makanan ringan di ruangan dimana Anda makan.

Bila anda makan?
* Cubalah untuk makan secara teratur 3 kali sehari.
* Hindari untuk mencicipi makanan bila sedang menyiapkan dan memasak makanan.
* Bila Anda sedang makan, jangan sambil membaca buku atau majalah, menonton TV atau bercakap di telefon
* Jika ingin berbelanja (shopping), jangan dalam keadaan perut lapar. Sebaiknya makanlah terlebih dahulu.

Bagaimana Anda makan?
* Makanlah secara perlahan dan jangan tergesa-gesa.
* Gunakan piring kecil sebagai tempat makan Anda.
* letak makanan sesuai dengan keperluan pada pinggan Anda, dan jangan menambah lagi.

Dengan siapa Anda makan?
* Makan di luar sangatlah menyenangkan, tetapi janganlah makanan dijadikan sebagai alasan untuk bersosial dengan orang lain.
* Rancang apa yang akan Anda makan.
* Makanlah hanya apa yang telah Anda rancangkan. Jikarakan anda mempelawa anda makan, dengan sopan, katakan bahawa Anda sedang diet, maka teman Anda akan mengerti pola makanan anda yang baru.
* Jika menghadiri parti atau keramaian, janganlah berdiri atau duduk dekat dengan makanan.
* Ambilah sesuatu yang dapat anda minum (seperti: air mineral, air soda, minuman rendah kalori dan lain-lain).
* Buah segar, biskut tanpa cream, crackers atau salad sayuran boleh dijadikan alternatif snacks bagi Anda.

Bagaimana Pula Dengan Perut Ya??
Cube Tips Ni...

5 Tip untuk kempiskan perut dengan berkesan
Bagaimana nak membuang lemak di bahagian perut? Ini menjadi topic yang selalu menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.
 
1) Makan makanan yang betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.
 
2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan ape jua makanan berlemak.
 
3) berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
 
4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, Jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
 
5) Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga.
Harap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan
bentuk badan yang di ingini…

Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu sedikit sebanyak mengubah kebiasaan anda ke arah diet yang lebih baik, dapat menurunkan berat badan anda serta mengekalkannya di samping dapat mengekalkan kesihatan.

No comments:

Post a Comment