Malam  pasangannya siang,
Jaga  pasangannya tidur,
Rajin  pasangannya malas,
Dan lelaki  pasangannya perempuan.
Kerana  perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah  telah menciptakan bentuk badan wanita itu 
dapat  memikat hati lelaki.
Bila  berkata tentang terpikat,
maka ia ada  hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada  hubungkait dengan nafsu,
ianya ada  hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk  mengawal nafsu,
mestilah  dikawal dengan iman.
Untuk  mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah 
dan  RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata  lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa,  semua orang tahu.
Orang  lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan  iman.
Maka mata  lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap  bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki  
dengan  berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat  
seorang  perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut  
wanita  berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki  
akan rambut  wanita berkenaan.
Oleh kerana  itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila  rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata  lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka  wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata  lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita  itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan 
melabuhkan  tudungnya.
Setelah itu  mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping  pinggangnya,
maka  labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata  lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka  wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung  
tidak  kelihatan,dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka  janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga  
terlihat  bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan  dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka  janganlah wanita itu berseluar,
kerana  terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau  muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai  seluar,
walau  nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara  sepontan,
entah tak  tahu Kenapa?
Mata lelaki  ini nakal,
setelah  tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan  dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka  wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup  kakinya dengan melabuhkan kain,
atau  memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit  perempuan,
maka mata  lelaki ini akan kembali ke atas,
akan  melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka  tolonglah wahai muslimah,
agar  melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada 
pandangan  lelaki.
Maka wahai  lelaki,
janganlah  pula kamu melihat mukanya,
kerana ia  akan menimbulkan fitnah,
kecuali  jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita  itu cukup soleh,
takut  mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka  berpurdahlah kamu,
jika itu  lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata  lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata  lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika ia  terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada 
pada  perempuan.
Maka oleh  itu wahai perempuan,
tolonglah  jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak  pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah  wahai muslimah,
jika anda  semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu  diingatkan,
jika semua  aurat telah ditutup,
jangan  anggap tugas kita telah selesai,
perlulah  pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan  keluar seorang2,
keluarlah  dengan mahram,
atau  keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan  luar,
mata lelaki  pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau  muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah  selamat dunia akhirat.
Seperti  firman Allah,
" Dan  tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia  sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga  ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup  aurat,
dan pada  kaum lelaki,
mata kamu  itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia  dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah  wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau  berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling  sukar untuk dijaga…
wasalam………………….

 
perempuan tetap nmpak seksi walau ape jenis pakaian pun..yg penting ingat akan Allah selalu untuk di pelihara kehormatan diri..:)
ReplyDelete